COGAN KATA SEKOLAH
'ILMU PELITA-HIDUP'
Ilmu Pelita
Hidup membawa maksud 1 Pengetahuan atau Pendidikan merupakan penyuluh atau
penerang dalam kehidupan kita di dunia maupun di akhirat . Cogankata ini
ditujukan khas kepada murid-murid sekolah ini dengan harapan murid-murid
perlu mencari Ilmu untuk menjamin kehidupan sempurna dan masa depan yang
cerah. Sekolah sebagai institusi Ilmu diharapkan dapat menyumbang seberapa
banyak ilmu kepada murid untuk memimpin mereka keluar dari kegelapan dan
kejahilan hidup kepada kesejahteraan dan kebahagiaan. Cogankata ini mendukung
prinsip-prinsip yang terungkap dalam Falsafah Pendidikan Negara yang mahu
melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab-dan berkeupayaan menyumbang kepada keharmonian
dan kemakmuran negara. Sebagai murid pula, perlulah mempunyai kesediaan
dan membetulkan matlamat diri untuk belajar bersungguh-sungguh dan menimba
sebanyakbanyak ilmu yang dicurahkan. Semuga dengan timbal-balas yang terbina
di antara murid dan sekolah, dapat melahirkan anak-anak bangsa yang dapat
mendukung cita-cita negara untuk menjayakan Wawasan 2020.